fbpx

‘Rider’ datang dari jauh, pesanan masuk, kedai tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar situasi ketika seorang penghantar makanan mengeluh apabila pesanan diterima adalah daripada gerai yang tidak beroperasi.

PETALING JAYA – Pelbagai cabaran perlu dilalui oleh penghantar makanan terutamanya apabila berdepan dengan ragam pelanggan dan juga peniaga.

Seperti pengalaman seorang penghantar makanan, Shammil, dia berkongsi kisahnya apabila terpaksa berpatah balik dengan jarak yang jauh selepas mendapati gerai pesanan diterimanya tutup.

Jelasnya, seorang pelanggannya telah memesan Apam Balik secara dalam talian dan malangnya gerai tersebut tidak dibuka.

Lebih memeranjatkan, apabila dia bertindak menghubungi pemilik gerai tersebut, pihaknya memaklumkan kedainya sudah lama tidak beroperasi.

Apa yang membuat Shammil ‘naik hantu’ adalah pemilik tersebut tidak menutup aplikasi penghantaran makanan secara dalam talian sehingga menyusahkan pihak pelanggan dan juga penghantar makanan.

“Ceritanya kedai ini dah lama tutup, kita datang jauh-jauh ingatkan dah siap rupanya tak ada,” luahnya.

Jelasnya, di dalam sistem mendapati gerai berkenaan berstatus ‘buka’ sekaligus membuatkan pelanggan membuat pesanan kerana beranggapan ia beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun, rata-rata orang bersimpati dengan nasib sesetengah penghantar makanan yang sering dipermainkan oleh pelanggan mahupun peniaga.

“Kesian aku tengok sesetengah ‘rider’ kena tipu, dah buat pesanan penuh meja, bila dah ambil, boleh batalkan pesanan akhir waktu, memang kesian,” ujar @aliff99.

Dalam pada itu, ada juga pengguna berkongsi pengalaman mereka sepanjang bekerja sebagai penghantar makanan.

“Pernah dapat pesanan ikan bakar, bila dah sampai kedai baru nak bakar arang,” kongsi @medadesss. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI