fbpx

Pemuda jujur bantu pulangkan beg duit warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang pemuda 'baik hati' bersama warga emas yang dibantunya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Tular kisah seorang pemuda membantu mencari seorang warga emas yang telah kehilangan beg duit semasa pulang ke Kluang dari Seremban menaiki bas baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Aku Budak Kluang, warga emas terbabit yang merupakan seorang lelaki berbangsa Cina turut kehilangan wang tunai bernilai $1,000 Dolar Singapura serta beberapa ratus Ringgit Malaysia.

Bagaimanapun, di atas kejujuran seorang pemuda yang berhati mulia, beg tersebut telah dapat ditemukan semula kepada pemiliknya.

“Lelaki tersebut telah menghubungi syarikat bas untuk mencari pakcik ini dan memulangkan dompet itu sendiri kepadanya,” katanya dalam satu hantaran semalam.

Sehubungan itu, katanya, warga emas tersebut turut menghargai usaha lelaki terbabit dan mendoakan kesejahteraan untuknya.

“Terima kasih banyak untuk saudara Melayu yang baik hati ini. Semoga orang yang baik ni panjang umur dan mempunyai kehidupan yang selamat,” ujarnya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen mendapati orang ramai juga memuji tindakan pemuda terbabit yang disifatkan satu dalam seribu.

“Alhamdulillah, anugerah yang terbaik ibu bapa yang mendidik anaknya menjadi seorang yang jujur, ikhlas dan berhati mulia,” kata Widuri.

“Terbaik anak muda, saya berasa bangga ata kejujuran anda. Tidak semua orang bersikap seperti kamu. Sememangnya satu dalam seribu,” ujar Jimmy.

“Alhamdulillah, anda sangat jujur. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin,” ucap Borhan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI