fbpx

Mesra berkucupan, Sebastian Stan, Annabelle Wallis bercinta?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBASTIAN (kiri) dikhabarkan bercinta dengan Wallis selepas mereka dilihat bermesra-mesraan dalam majlis hari lahir aktor Robert Pattinson baru-baru ini.

PELAKON tampan Sebastian Stan dan aktres Annabelle Wallis dikhabarkan sedang menjalin percintaan selepas kedua-dua mereka dilihat bermesra-mesraan.

Dakwaan tersebut mula menjadi buah mulut peminat selepas mereka dilihat menghadiri majlis ulang tahun kelahiran pelakon Robert Pattinson yang ke-36 di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Lebih menguatkan andaian, Stan dan Wallis dilihat berkucupan ketika majlis sedang berlangsung. Foto mesra kedua-dua pelakon itu kemudiannya dimuat naik seorang rakan mereka dalam media sosial sebelum dipadamkan.

Bagaimanapun sehingga kini, aktor yang pernah membintangi filem Black Panther itu mahupun Wallis sendiri belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang khabar angin tersebut.

Stan sebelum ini pernah menjalinkan hubungan bersama pelakon dari Sepanyol, Alejandra Onieve.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN