fbpx

Peminat geram Haidar tayang badan berbulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAIDAR HASANUDIN

MELELEH air liur kawan Diva saat bercerita bila ternampak pelakon yang semakin meningkat naik Haidar Hasanudin tayang bentuk badannya yang seksi dan berbulunya dalam Instagram.

Katanya, bukan dia sahaja tergugat iman dek aksi pelakon telefilem Angah itu, Diva pun terkesima kalau tengok. Jadi, Diva pun ambil pendekatan jeling-jeling sahaja sambil cubit-cubit kat sini sikit. Harap emosi peminat Haidar stabil hendaknya, jangan jadi macam kawan Diva.

Bukan main lagi komen yang ditinggalkan peminat dalam Instagram apabila rata-rata mendakwa tergoda dengan bentuk tubuhnya yang seksi itu.

Ada komen seorang netizen yang menyamakan Haidar persis pelakon terkenal Hollywood iaitu Johnny Depp.

“Cuaca panas, sepanas Haidar,” komen seorang peminatnya.

“Seksinya abang Haidar,” kata seorang lagi peminatnya.

“Wow! Geram pula kita,” ujar seorang pengguna Instagram.

Diva tidak kisah kalau setakat pelakon tayang badan. Jangan esok lusa tiba-tiba terkeluar pula gambar tayang benda tidak sepatutnya.

DIVA: Tegang betul muka penyanyi dangdut terkenal Amelina selepas buat rawatan kecantikan memasukkan benang di wajahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI