fbpx

Dua minggu masuk ICU, bapa Naqiu meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kesihatan bapa Naqiu mula merosot selepas sambutan Aidilfitri lalu sehingga terpaksa ditidurkan akibat paras oksigen dalam badan menurun.

PETALING JAYA – Bapa kepada penyanyi, Naqiu iaitu Mohd. Najib Wan Amin meninggal dunia pada usia 69 tahun akibat masalah jantung dan komplikasi Covid-19 pukul 6.50 pagi tadi.

Berita duka tersebut dikongsikan Naqiu yang juga juara musim keenam program realiti, Gegar Vaganza (GV6) menerusi Instagramnya.

Terdahulu, arwah bapanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Serdang pada 16 Mei lalu dan ditidurkan akibat paras oksigen menurun.

“Allahuakbar, papa saya baru sahaja meninggal dunia pukul 6.50 pagi tadi. Saya mohon semua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat papa.

“Moga dia ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan moga papa diletakkan diletakkan di syurga tertinggi di sisi-Nya.

“Papa dah terlalu penat, lama sangat dah sakit. Lepas ini, papa berehatlah. Papa boleh jumpa mama di sana. Moga satu hari nanti kita semua akan bertemu kembali,” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis tidak putus-putus memberikan salam takziah dan mendoakan agar Naqiu sekeluarga tabah.

Terdahulu, pada 3 Januari 2020, Naqiu turut kehilangan abangnya, Huzaini Hussein akibat jangkitan kuman pada paru-paru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI