fbpx

Skuad B-23 diingatkan tidak cepat berpuas hati – Hamidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDIN mengingatkan skuad B-23 negara agar berjuang habis-habisan hingga ke titisan keringat terakhir pada kempen Piala Asia B-23 di Uzbekistan yang bermula 1 Jun depan. – FAM

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin enggan skuad bawah 23 tahun (B-23) negara te­rus dibayangi kekecewaan, sebaliknya fokus untuk mengharungi kempen Piala Asia B-23 di Uzbekistan yang akan membuka tirai 1 Jun depan.

Sebagai rekod, skuad muda Harimau Malaya yang dikendalikan oleh Brad Maloney dilihat sedikit tempang untuk mengharungi saingan berprestij itu susulan kegagalan mengutip sebarang pingat pada Sukan SEA Vietnam 2021 di Hanoi minggu lalu.

Kata Hamidin, pasukan remaja negara memiliki potensi cerah untuk mencipta kejutan selepas diundi dalam Kumpulan C bersama dua negara serantau, Thailand dan Vietnam selain juara bertahan, Korea Selatan.

“Saingan Piala Asia B-23 adalah misi sebenar skuad muda negara ini selepas menggalas cabaran pada Sukan SEA. ­Jangan cepat berpuas hati, barisan pemain kena berikan aksi lebih baik.

“Sudah tentu fokus perlu dikekalkan dan tidak perlu tertekan kerana meskipun sedar kejohanan pentas Asia ini lebih mencabar.

“Berdepan juara bertahan Korea Selatan, Thailand dan Vietnam dalam saingan Kumpulan C bukan mudah namun itu tidak bermakna kita tidak ada peluang.

“Jadi terpulang kepada pemain-pemain untuk menyahut cabaran ini. Saya berharap mereka akan berjuang habis-habisan hingga ke titisan keringat terakhir,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pasukan semalam.

Skuad negara akan berlepas ke Tashkent pada awal pagi esok sebelum memulakan kempen Kumpulan C berdepan Republik Korea pada 2 Jun, Thailand (5 Jun) dan Vietnam (8 Jun).

Denga pencapaian terbaik skuad negara pada kejohanan itu adalah mara ke peringkat suku akhir edisi 2018 sebelum tewas kepada Korea Selatan 2-1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI