fbpx

Malaysian Tigers sah ke Piala Dunia 2023 di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Malaysian Tigers berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2023 buat kali ketiga berturut-turut selepas melakukannya pada 2014 dan 2018.

PASUKAN hoki kebangsaan te­rus mengekalkan rentak cemerlang apabila berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2023 selepas mara ke separuh akhir Piala Asia 2022 di Jakarta Indonesia.

Lebih manis, saingan Piala Dunia 2023 di India tahun depan menyaksikan Malaysian Tigers melayakkan diri ke kejohanan itu buat kali ketiga berturut-turut bermula pada 2014 dan 2018.

Ketua jurulatih, Arul Selvaraj kini mahu skuad kendaliannya mengalihkan fokus terhadap saingan separuh akhir yang dikenali sebagai pusingan ‘Super 4’ bagi melayakkan diri ke final.

Justeru, beliau sudah pun mengarahkan anak-anak buahnya supaya melakukan kerja rumah dengan menganalisis setiap pasukan yang akan beraksi dalam saingan separuh akhir nanti.

“Sekarang kita akan fokus terhadap aksi Super 4 kerana ia sangat berbeza jika dibandingkan dengan saingan di peringkat kumpulan. Misi untuk layak ke Piala Dunia 2023 sudah tercapai, jadi tugas sekarang adalah untuk memenangi Piala Asia.

“Oleh itu, kita perlu bekerja lebih keras dan pemain-pemain sudah diberikan tanggungjawab untuk kaji setiap pasukan yang akan beraksi nanti. Kita akan tetap dengan pendekatan fokus satu demi satu aksi,” katanya.

Beliau juga berharap pemain-pemain negara akan meneruskan aksi cemerlang terutamanya dari segi jaringan selepas menampilkan penyudah cukup baik dalam perlawanan terdahulu.

“Mesej kepada pemain adalah kita perlu jaringkan setiap pukulan sudut penalti (PC) yang kita dapat serta gol padang. Sekarang kita sudah jaringkan empat daripada tujuh PC yang diperoleh, jadi ia satu nisbah cukup baik,” ujar Arul.

Sebagai rekod, empat pasukan sudah mengesahkan tempat ke saingan Super 4 yang menggunakan format liga sepusingan termasuk Malaysia, Jepun, Korea Selatan serta juara bertahan, India.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI