fbpx
Rina mendengar penerangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Datuk Ts. Dr. Amirudin Abdul Wahab di Menara CyberSecurity Malaysia semalam.

Kandungan lucah kanak-kanak membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Hanya 103 daripada 93,368 alamat protokol internet (IP) lucah berjaya diperiksa yang membawa kepada penangkapan 50 individu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, angka tersebut diperoleh menerusi dapatan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali gus beliau memandang serius isu tersebut.

“Saya cukup risau dan memandang serius dapatan PDRM yang menyatakan menerima puluhan ribu alamat protokol internet (IP) yang berkongsi kandungan lucah kanak-kanak di internet.

“Angka ini amat merunsingkan dan kes seperti ini memerlukan kerjasama segenap anggota masyarakat untuk sama-sama mencegahnya dan melindungi kanak-kanak di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini, susulan lawatan beliau di CyberSecurity Malaysia, Cyberjaya semalam.

Mengulas lawatan beliau di CyberSecurity Malaysia, Rina berkata, pihaknya menerusi agensi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan melaksanakan advokasi dan program peningkatan kesedaran kepada ibu bapa supaya cakna mengenai ancaman dunia siber bersama CyberSecurity Malaysia.

“Banyak lagi kerjasama yang dijalankan bersama CyberSecurity bagi menyediakan persekitaran siber yang selamat dan kalis ancaman untuk kanak-kanak.

“Saya dan kementerian akan terus mempergiatkan usaha memastikan persekitaran siber yang selamat agar kanak-kanak di negara ini tidak terdedah pelbagai risiko di alam siber termasuk dieksplotasi dan pornografi,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN