fbpx

Permintaan beg galas kanak-kanak kalis peluru meningkat di Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan produk beg galas kalis peluru di pasaran. - Danny Hermosillo/Chron

WASHINGTON – Kejadian amukan senjata api di Texas yang meragut 21 nyawa Selasa lalu telah menyebabkan penjualan beg galas kalis peluru meningkat di beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS), lapor laman berita Wion News semalam.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh laman web perniagaan AS, Business Insider.

Terdapat beberapa produk kalis peluru di pasaran tetapi beg galas untuk kanak-kanak dikatakan mendapat permintaan yang tertinggi.

Menurut laporan Insider, empat syarikat yang membekalkan beg kalis peluru itu memaklumkan bahawa orang ramai secara aktif mencari produk yang boleh digunakan oleh kanak-kanak dalam situasi krisis susulan tragedi tersebut.

Berdasarkan penerangan produk, seseorang boleh melindungi diri mereka dengan memegang beg galas kalis peluru di hadapan untuk berlindung daripada tembakan.

Kakitangan syarikat Guard Dog Security, Yasir Sheikh memberitahu Insider bahawa terdapat peningkatan dalam jumlah pelanggan yang ingin membeli produk tersebut.

Syarikat MC Armor turut memberitahu Insider bahawa negeri-negeri termasuk New Jersey, Georgia, California, Pennsylvania dan Florida merekodkan peningkatan ketara permintaan produk kalis peluru selepas insiden berkenaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI