fbpx

Pengalaman luas Yan Yee masih ditagih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAN YEE masih menjadi harapan skuad negara dalam mencapai kilauan pingat pada Sukan Asia Hangzhou 2022 yang dijangka berlangsung tahun depan.

PENGALAMAN luas dimiliki penerjun sensasi, Ng Yan Yee tetap penting buat skuad terjun negara biarpun sudah menyumbang keringat lebih daripada 10 tahun di pentas antarabangsa.

Kemampuan dan kepimpinan ditunjukkan atlet yang mesra disapa Wendy itu sememangnya dapat membantu penerjun-penerjun muda se­perti dilakukannya ketika bergandingan dengan Ong Ker Ying.

Kali pertama turun bergan­ding dengan Ker Ying yang lebih muda daripadanya tetap tidak menjejaskan rentak dan terjunan mereka untuk memenangi pingat emas 3 meter (m) papan anjal berirama pada Sukan SEA Vietnam 2021.

Bukan itu sahaja, Yan Yee, 29, juga adalah antara penerjun wanita paling senior dalam skuad kebangsaan ketika ini selain Datuk Pandelela Rinong selepas Datuk Leong Mun Yee memilih untuk bersara hujung tahun lalu.

Biarpun pernah terlintas mahu bersara sebelum ini , namun kehadiran Yan Yee bersama pasukan amat penting terutama untuk menghadapi temasya-temasya lebih besar seperti Sukan Komanwel dan Sukan Asia selepas ini.

“Memang ada terfikir untuk bersara tetapi masih lagi dalam pertimbangan sebab keadaan fizikal sekarang. Mungkin fikir boleh terjun tetapi ada situa­sinya boleh menyebabkan kecederaan.

“Saya mahu lihat dahulu keadaan jika boleh teruskan untuk terjun, mungkin saya akan terus mewakili negara. Jadi, fokus sekarang mahu berikan tumpuan kepada latihan dan perbaiki kelemahan untuk kejohanan akan datang,” kata Yan Yee.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI