fbpx

Kematian kemalangan jalan raya akibat langgar lampu isyarat meningkat 79 peratus di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUMLAH kemalangan jalan raya di India menurun sebanyak 18 peratus pada 2020. - AFP

NEW DELHI – India menyaksikan peningkatan mendadak sebanyak 79 peratus dalam kematian akibat kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh perbuatan melanggar lampu merah pada 2020 berbanding tahun 2019, lapor laman berita Wion News semalam.

Bagaimanapun, jumlah kemalangan jalan raya dan kematian masing-masing menurun sebanyak 18 peratus dan 12.8 peratus pada tahun yang sama.

Laporan Kementerian Pengangkutan Jalan dan Lebuhraya mendedahkan bahawa sebanyak 366,138 kemalangan dilaporkan di seluruh negara pada 2020 yang meragut 131,714 nyawa dan menyebabkan 348,279 kecederaan. 

Daripada jumlah kemalangan pada 2020, sebanyak 919 kes berlaku disebabkan oleh tindakan melanggar isyarat lalu lintas dengan 476 kematian. 

Peningkatan kes berlaku dengan ketara berbanding tahun 2019 yang mencatatkan 266 kematian akibat kes sedemikian.

Selain melanggar lampu isyarat, satu lagi kategori yang menyaksikan peningkatan kes kematian adalah disebabkan memandu melawan arus.

Sebanyak 3,099 orang maut dalam kemalangan akibat memandu melawan arus pada 2020 berbanding 2,726 kematian pada 2019.

Bagaimanapun, punca utama kemalangan jalan raya kekal disebabkan oleh tindakan memandu melebihi had laju dengan rekod 100,000 kes pada 2020.

Menurut laporan itu, penurunan tertinggi iaitu 21 peratus direkodkan dalam jumlah kematian akibat memandu dalam keadaan mabuk pada 2020 dengan 1,862 kematian berbanding 2,376 kematian pada 2019. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI