fbpx

1,845 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,845 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam di seluruh negara dengan sembilan kes import direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,461,933 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,825 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,438,212 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (851 kes), Kuala Lumpur (274 kes), Pulau Pinang (117 kes), Perak (109 kes), Negeri Sembilan (112 kes), Melaka (49 kes), Johor (44 kes), Kedah (36 kes) dan Sabah (75 kes).

“Seterusnya, Sarawak (72 kes), Putrajaya (49 kes), Pahang (25 kes), Terengganu (11 kes), Kelantan (15 kes) dan masing-masing tiga kes di Labuan juga Perlis,” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak enam kes kematian akibat Covid-19 telah dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,656 kes serta tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID kekal 7,551 kes.

Sebanyak 25,189 kes aktif dilaporkan melibatkan 24,089 kes dikuarantin di rumah, 17 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,056 kes di hospital, sembilan kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 18 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI