fbpx

Remaja tikam ibu alami gangguan makhluk halus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis menjalankan siasatan di sebuah rumah yang merupakan lokasi kejadian seorang remaja menikam ibunya di Kampung Bukit Yong, Pasir Puteh kelmarin. - Foto IHSAN POLIS

TUMPAT – Seorang remaja yang bertindak di luar jangkaan dengan menikam dada ibunya yang sedang tidur di rumah mereka di Kampung Bukit Yong dekat Pasir Puteh dengan sebilah pisau kelmarin dipercayai mengalami halusinasi.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal mendapati, pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah tersebut dipercayai diganggu makhluk halus.

Menurutnya, halusinasi yang dialami remaja itu juga menyebabkan dia demam sehingga memerlukan penjagaan ibunya yang berusia 41 tahun sejak dua hari sebelum kejadian tersebut.

“Suspek telah dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk pemeriksaan lanjut. Ujian saringan air kencing turut mendapati suspek negatif sebarang penyalahgunaan dadah.

“Selain itu, polis akan mengambil keterangan daripada pihak sekolah dan beberapa rakannya untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di sini semalam.

Muhamad Zaki memberitahu, siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang wanita parah selepas ditikam anak lelakinya yang dipercayai sedang sakit akibat demam dengan sebilah pisau dalam kejadian di rumah mereka di Bukit Yong, Pasir Puteh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI