fbpx

Projek bekalan air Nenasi terbengkalai disambung semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERJA membersihkan kawasan pembinaan tangki dan loji rawatan air yang terbengkalai di Kampung Serun di Pekan.

PEKAN – Kerajaan negeri memperuntukkan RM19 juta bagi menyambung semula projek bekalan air di Nenasi di sini yang terbengkalai sejak 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Mohamad Fakhruddin Mohd. Arif berkata, kerja-kerja membina semula loji rawatan air dan tangki yang telah dimulakan itu dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun hadapan.

“Projek ini diluluskan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dimulakan pada 2017, namun dihentikan ketika kerja mencapai 80 peratus setelah kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Projek yang gagal disudahkan dalam tempoh berkenaan mengundang masalah bekalan air dalam kalangan penduduk di beberapa kawasan Tanjong Agas, Nenasi dan berdekatan daerah ini, jadi atas keprihatinan, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meneruskan semula projek ini,”katanya di sini hari ini.

Mohammad Fakhruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar berkata, projek yang disambung semula melibatkan peruntukan RM19 juta itu menjadi penyelesaian jangka panjang sistem bekalan air di kawasan itu.

Katanya projek itu dijangka siap pada September 2023 seterusnya memberikan kemudahan bekalan air bersih kepada kira-kira 2,500 akaun pengguna melibatkan penduduk Nenasi, Tanjong Agas dan kawasan berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI