fbpx

Letupan bom, berbalas tembakan gegar Tak Bai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Tular di media sosial kejadian berbalas tembakan dan letupan bom yang berlaku di pekan Tak Bai dekat Narathiwat, Thailand malam tadi.

Berdasarkan klip-klip video yang tular, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 10 malam tadi sehingga menyebabkan penduduk yang tinggal di sempadan Malaysia-Thailand terutamanya di Pengkalan Kubor, Tumpat panik.

Menerusi video-video tersebut, penduduk di kawasan itu sempat merakam keadaan api marak yang berlaku di Tak Bai selain kedengaran bunyi tembakan yang kuat ekoran jarak yang dekat.

Selain itu, beberapa gambar individu tidak berbaju dipercayai anggota puak pemisah Thailand ditahan pihak berkuasa negara tersebut turut tular di media sosial.

Butiran atau maklumat lanjut berhubung kejadian itu masih belum diterima.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ketika ditemui di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat malam tadi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI