fbpx

KPT masih tunggu laporan siasatan kematian Vinosiny

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini Ahmad

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) masih menunggu laporan penuh punca kematian sebenar pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), R. Vinosiny yang kini masih dalam peringkat siasatan.

Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, tiga laporan yang perlu diperoleh bagi melengkapkan siasatan itu termasuk dari pihak Hospital Sultanah Bahiyah, Jabatan Kimia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, UUM juga telah memberi komitmen kepada KPT untuk memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkenaan agar siasatan telus dapat dilakukan dengan sebaiknya.

‘”KPT berharap semua pihak yang terlibat dapat bersabar menunggu hasil siasatan pihak berkuasa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, KPT merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar Semester 4, Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) UUM itu.

Sebelum ini, media melaporkan mayat Vinosiny ditemui mati dalam bilik di asramanya pada Isnin lalu dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI