fbpx

Kanak-kanak meraung kepala tersangkut jeriji pintu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba cuba mengeluarkan kepala kanak-kanak lelaki berusia setahun enam yang tersangkut di jeriji pintu dapur rumahnya di Taman Krubong, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas kepalanya tersangkut di jeriji pintu dapur rumahnya di Taman Krubong Jaya, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi, kanak-kanak berusia setahun enam bulan itu diselamatkan dengan bantuan pasukan bomba.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheng, Pegawai Bomba Kanan II, Azhar Sehat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.36 petang tadi.

“Sepasukan empat anggota telah ke lokasi dan kita dapati seorang budak lelaki dalam keadaan kepala tersangkut di jeriji pintu dapur rumahnya.

“Kita mengambil masa 13 minit untuk mengeluarkan kepala mangsa sebelum menyerahkannya kepada ahli keluarga dalam keadaan selamat,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, dimaklumkan kejadian tersebut disedari oleh bapa mangsa selepas mendengar anaknya meraung dan menangis akibat panik.

“Bapa kanak-kanak itu kemudian cuba mengurangkan kesakitan anaknya dengan menahan kepala mangsa menggunakan tangan sehingga pasukan bomba tiba.

“Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan menangis kerana ketakutan serta panik,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN