fbpx

Geng Jitut Waha aktif curi motosikal tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Azaham (tiga dari kiri) menunjukkan hasil rampasan susulan tumpasnya geng Jitut Waha yang aktif melakukan aktiviti mencuri motosikal sejak awal tahun lalu.

KOTA TINGGI – Polis berjaya menumpaskan geng Jitut Waha selepas menemui kembali motosikal curi serta rangka kenderaan itu yang dibuang ke dalam sungai di sekitar daerah ini dalam 12 serbuan dilakukan pada minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Nik Azaham Nik Aziz berkata, serbuan pada 19 hingga 22 Mei itu dilakukan di tujuh lokasi berasingan di sekitar Felda Simpang Waha, Felda Bukit Waha, Felda Bukit Easter, Kampung Jawa, tepi Jalan Felda Lok Heng-Mawai juga kawasan Sungai Jalan Belukar Durian dan Felda Semenchu.

Katanya, serbuan dilakukan selepas seorang suspek berusia 34 tahun ditahan di Felda Simpang Waha susulan bersabit laporan kehilangan motosikal jenis Yamaha Y135 LC pada 10 Januari lalu.

Menurutnya, jumlah keseluruhan suspek yang ditahan seramai lapan orang terdiri daripada warga tempatan berumur antara 19 hingga 38 tahun termasuk ketuanya.

“Hasil serbuan berjaya merampas sembilan motosikal, sebuah basikal yang diubah suai menggunakan enjin motosikal, satu enjin kereta Honda dan 10 rangka motosikal yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM80,000.

“Turut dirampas 14 ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu berat anggaran 29.83 gram dan dua biji pil disyaki dadah jenis eramin 5 juga alatan penimbang digital, align key yang telah diubah suai.

“Modus operandi mereka adalah mencuri motosikal lerai, jual alat ganti kenderaan baik yang boleh digunapakai manakala rangka dibuang ke dalam sungai. Susulan itu pihak polis masih mengesan baki empat orang suspek disyaki geng kumpulan berkenaan untuk membantu siasatan,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi hari ini.

Katanya, kesemua suspek masih ditahan reman selama tujuh hari sehingga 30 Mei ini sebelum dituduh di mahkamah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan, Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI