fbpx

Belah perut buaya cari budak hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjalankan operasi membelah perut seekor buaya kerana disyaki membaham seorang kanak-kanak lelaki yang hilang di Kampung Nyabut, Sarawak.

PETALING JAYA – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa membelah perut seekor buaya yang berjaya ditangkap baru-baru ini kerana disyaki membaham seorang kanak-kanak lelaki yang hilang dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air di Kuching, Sarawak pada Sabtu lalu.

Mangsa yang berusia tujuh tahun itu dikatakan telah disambar buaya ketika sedang duduk di tebing sungai terbabit bersama nenek dan kakaknya.

Terbaharu, menerusi rakaman video siaran langsung di Facebook Sarawak Viral News, memaparkan operasi membelah perut buaya yang dilakukan di kampung tersebut oleh beberapa pasukan keselamatan negara.

Menurut jurucakap di dalam rakaman tersebut, dapat disaksikan operasi yang dilakukan bertujuan mengesan kanak-kanak terbabit dan orang ramai turut berada di sekitar kawasan operasi bagi menantikan keputusannya.

Jelasnya, pasukan keselamatan telah memasang beberapa umpan di sungai sejak dua hari lalu sebelum berjaya menjerat seekor buaya yang disyaki membaham mangsa.

Bagaimanapun, pada video ketiga yang dikongsikan, tiada sebarang penemuan anggota badan manusia di dalam perut reptilia berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI