fbpx
Zainol menunjukkan kesan lubang dialisis di lengan kirinya pada sidang akhbar hari ini. FOTO - ZULFADHLI ZAKI

Sedia memaafkan tapi serah siasatan kepada polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang warga emas yang tular kerana dipukul penunggang motosikal di Padang Jawa di sini, bersedia memaafkan pelaku tersebut.

Zainol Din Hussein, 60, berkata, ini bagi mengelakkan perkara tersebut terus berlarutan sehingga bermusuhan satu sama lain pada masa akan datang.

“Saya anggap dia seperti anak dan sedia maafkannya.

“Bagaimanapun, laporan polis telah dibuat dan saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap kes ini,” katanya pada sidang akhbar di rumahnya di Padang Jawa hari ini.

Menceritakan semula kejadian itu, Zainol memaklumkan, kejadian berlaku ketika dia bersama isterinya, Maziana Johari, 56, serta seorang cucu, Muhammad Hairul Fahmi Muhammad Zaki, 3, dalam perjalanan ke rumah besan di Ampang dan Putrajaya untuk berhari raya.

Berita berkaitan: Lelaki tular pukul warga emas atas jalan dicekup

Katanya, dia secara tiba-tiba mendengar pekikan penunggang  motosikal, namun tidak pasti perkataan yang dilontarkan sewaktu tiba di persimpangan jejantas itu.

“Ketika memberhentikan kereta bagi melihat keadaan lalu lintas, penunggang motosikal tersebut berpatah balik dan menendang saya.

Berita berkaitan: Pukul sebab mangsa belok jalan secara mengejut

“Saya tidak berdaya untuk melawan dan hanya melindungi lubang rawatan dialisis di lengan kiri. Nasib baik ada penduduk membantu dan meleraikan pergaduhan tersebut,” ujarnya.

Jelassnya akibat kejadian itu dia mengalami kecederaan di rusuk kiri serta luka di belakang kepala sebelum membuat laporan polis. Mangsa menerima rawatan di Hospital Shah Alam.

Ketika ditanya berhubung kenyataan anaknya sebelum ini bahawa semasa kejadian dia baru selesai dialisis, Zainol memberitahu, rawatan itu dilakukan sehari sebelum kejadian.

“Jadi, saya boleh memandu kereta setelah mendapat rehat yang secukupnya,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

POPULAR