fbpx
Penunggang motosikal terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 125 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat Butterworth hari ini.

Pemandu lori maut ketika ke tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 125, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Butterworth di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa yang merupakan pemandu lori disahkan meninggal dunia di tempat kejadian disyaki akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, mangsa yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Mak Mandin di Butterworth dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahagian kanan jalan.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz yang datang dari arah Sungai Petani, Kedah menghala Sungai Dua (Butterworth) dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan.

“Mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada kepala,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Radzi berkata, kes tersebut disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

POPULAR