fbpx

Nasi kandar RM27 kerana kesilapan juruwang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular memaparkan nasi kandar berharga RM27.30 sepinggan di LTAPP, Bayan Lepas yang tular di media sosial.

GEORGE TOWN – Seorang pengguna media sosial dipercayai pelanggan sebuah restoran nasi kandar di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas di sini tampil menjelaskan mengenai kesilapan juruwang berhubung harga nasi kandar berharga RM27 sepinggan.

Individu dikenali sebagai Nurliani menerusi laman sosial Facebook berkata, harga sebenar nasi kandar berlaukkan seketul ayam goreng dan separuh telur masin tersebut adalah RM13.30 berbanding RM27.30 yang tertera pada resit.

“Kemaskini. Kerana tax (cukai) sebenarnya.

“Pihak nasi kandar dah hubungi tadi dan mengaku ada kesilapan juruwang. Jadi, bertenang ya kawan-kawan. Harga sebenar RM13.30,” tulis Nurliyani.

Terdahulu tular di media sosial sejak semalam apabila sekeping gambar resit memaparkan harga sepinggan nasi kandar di LTAPP yang didakwa lebih tinggi sehingga mengejutkan ramai netizen.

Resit tersebut tertera sepinggan nasi kandar berharga RM27.30 dan secawan air limau suam (RM3.50), manakala jumlah hidangan tersebut termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST) berjumlah RM32.65.

Perkongsian itu menerima respon netizen apabila rata-rata berpandangan ia harga biasa di sebuah lapangan terbang, manakala segelintir lagi beranggapan harga tersebut tidak munasabah. – KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI