fbpx

Mayat budak Orang Asli dijumpai selepas 30 jam lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat Simon semasa tiba di Jabatan Forensik, Hospital Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Selepas hampir 30 jam hilang dihanyutkan arus Sungai Brooke, mayat seorang kanak-kanak lelaki Orang Asli suku kaum Temiar yang dikhuatiri lemas ditemui dalam keadaan terapung di tepi sungai berhampiran Kampung Jias di sini hari ini.

Mayat Simon yang berusia tiga tahun dijumpai kira-kira 10 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang oleh penduduk kampung kira-kira pukul 3.50 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa yang memakai baju-t merah dengan tidak berseluar dijumpai tersangkut pada kayu di tepi tebing Sungai Brooke.

Katanya, mayat kanak-kanak itu dijumpai oleh penduduk Orang Asli Kampung Jias yang sedang menjala ikan di kawasan berkenaan.

“Mayat kanak-kanak itu telah diselamatkan dengan bantuan anggota penyelamat.

“Mayat Simon dibawa ke Hospital Gua Musang di sini untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk dikebumikan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sementara itu, nenek mangsa, Likan Ayob,50, lega selepas mayat cucunya dijumpai.

“Kami bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung serta anggota penyelamat.

“Kami akan kebumikan mayat Simon di kampung halamannya di Kampung Teluk Untung mengikut adat Orang Asli suku kaum Temiar esok,” katanya.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang budak lelaki Orang Asli suku kaum Temiar berusia tiga tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus Sungai Brooke di Kampung Teluk Untung, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Simon bermain di kawasan rumahnya sebelum disedari hilang oleh ibunya, Aini Sarip, 26. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI