fbpx

Lelaki ditemui gantung diri pada alang rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TUMPAT – Seorang lelaki ditemui mati selepas dipercayai menggantung diri menggunakan tali nilon pada bahagian alang rumahnya di Jalan Baru, Kampung Geting, Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Mayat lelaki yang berusia 34 tahun itu ditemui oleh abangnya di bahagian alang di dalam bilik tidur mangsa kira-kira pukul 9.23 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, lelaki terbabit ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik tersebut.

Menurutnya, abang mangsa terus membuat laporan polis selepas melihat mangsa tergantung pada bahagian alang rumah mereka.

“Terdapat kesan jerutan pada leher mangsa akibat daripada kejadian itu. Pemeriksaan lanjut mendapati, tiada sebarang kecederaan luaran dikesan pada bahagian badan mangsa.

“Mayat mangsa dihantar Hospital Tumpat dan punca kematian disebabkan oleh kekurangan oksigen akibat jerutan selepas proses bedah siasat selesai,” katanya.

Menurut Amran, ujian saringan air kencing terhadap mayat mangsa mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine dan opiat.

Tambahnya, tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN