fbpx
Anggota bomba sedang memotong dua cincin yang tersekat pada jari seorang wanita di Hospital Tanjong Karang.

Wanita tahan sakit cincin tersekat dua jari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Seorang wanita terpaksa menahan kesakitan hampir 15 minit selepas dua cincinnya tersekat di dua jarinya di Hospital Tanjong Karang di sini, hari ini.

Mangsa berusia 45 tahun itu terlebih dahulu sedang menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang selepas jari kanannya terkena mercun.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 6.28 petang.

Katanya, berdasarkan maklumat wanita itu telah mengalami kecederaan di jari kanan akibat mercun.

“Terdapat dua cincin emas telah tersekat di jari mangsa sehingga mengakibatkan jari berkenaan membengkak.

“Anggota kemudian bertindak memotong dua cincin itu menggunakan peralatan khas tanpa sebarang kecederaan lain pada mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, operasi kemudiannya ditamatkan pukul 6.44 petang. -KOSMO! ONLINE

POPULAR