fbpx

Polis serbu pusat hiburan, 8 individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Pusat Perdagangan Bandar Bukit Jalil, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Polis menahan lapan individu menerusi Op Noda ketika serbuan di sebuah pusat hiburan yang beroperasi di Pusat Perdagangan Bandar Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Bahagian Siasatan Jenayah daerah telah membuat serbuan di premis berkenaan lebih kurang pukul 10.25 malam.

“Hasil pemeriksaan ke atas 134 individu, pihak polis telah menahan lapan individu yang terdiri daripada seorang lelaki tempatan, lima lelaki warga asing dan dua wanita warga asing berumur antara 23 hingga 35 tahun.

“Turut dirampas adalah tujuh botol minuman keras pelbagai jenama serta beberapa barangan elektronik lain,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pihaknya memandang serius sebarang aktiviti menyalahi undang-undang dan akan mengambil tindakan tegas ke atas individu yang terlibat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992, Seskyen 76 Akta Eksais 1976, Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) Imigresen 1959 (Pin 2002). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI