fbpx

Grab bakal lancar GrabFin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Grab Financial Group semalam mengumumkan bakal melancarkan GrabFin, iaitu jenama baharu untuk pembayaran digital, insurans, pinjaman dan pengurusan kekayaan.

GrabFin menawarkan pengguna pintu masuk tunggal untuk mengakses perkhidmatan pembayaran, pelaburan dan insurans pada aplikasi Grab.

Perkhidmatan tersebut dilihat menepati kehendak pengguna berdasarkan tinjauan oleh firma penyelidikan pasaran, Nielsen baru-baru ini, bahawa tiga daripada lima pengguna lebih suka mengakses semua perkhidmatan kewangan mereka pada satu platform bersepadu.

Jenama baharu itu turut mencerminkan komitmen Grab untuk memperkasakan komuniti di rantau Asia Tenggara dengan akses kewangan yang lebih meluas.

Selepas pelancaran di Si­ngapura dan Malaysia, GrabFin akan dilancarkan secara berpe­ringkat di pasaran Asia Tenggara yang lain dalam beberapa bulan akan datang.

Ketua Grabfin, Kell Jay Lim berkata, platform aplikasi super Grab, kepakaran teknologi mendalam dan unjuran dipacu data meletakkan pihaknya pada kedudukan unik untuk memacu inisiatif keterangkuman kewa­ngan di Asia Tenggara.

“Jenama GrabFin mengukuhkan janji kami untuk memperkasakan enam daripada 10 individu yang kurang mendapat perkhid­matan kewangan di rantau ini dengan menyediakan servis kewangan mudah, boleh diakses dan fleksibel dalam platform tunggal yang sudah biasa diakses mereka setiap hari.

“Dengan GrabFin, akses kepada perkhidmatan kewangan adalah semudah memesan perjalanan pada aplikasi Grab.

“Produk kami menawarkan fleksibiliti buat pengguna dan ciri keselamatan berbilang lapisan GrabPay membolehkan mereka berurus niaga dengan tenang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI