fbpx

Chaewon rasa diri tidak sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHAEWON

BIARPUN diberi peluang kedua untuk meneruskan karier sebagai artis idola, namun penglibatan Chaewon sebagai salah seorang anggota kumpulan LE SSERAFIM tak semudah disangka.

Selepas kumpulan IZ*ONE dibubarkan pada 2021, Chaewon kembali ke agensi Woollim Entertainment sebagai pelatih sebelum menyertai Source Music dan diberi kepercayaan menjadi ketua LE SSERAFIM. Dia bagaimanapun tetap perlu menjalani kehidupan sebagai pelatih sekali lagi.

Dalam temu bual bersama majalah Weverse, Chaewon mengakui bakatnya tidak sehebat mana ketika menyertai IZ*ONE, jadi dia perlu menggandakan usaha sebelum memulakan debut bersama LE SSERAFIM.

“Sewaktu bersama IZ*ONE, tak banyak saya dapat lakukan kerana terlalu sibuk dengan aktiviti promosi. Selepas kembali bergelar pelatih, saya banyak belajar perkara yang tak pernah dilakukan sebelum ini.

“Selepas berlatih, saya tetap berasa ada kekurangan. Waktu itu saya rasa bahawa bakat saya setakat ini sahaja,” katanya.

Selain belajar koreografi baharu, Chaewon turut memaksa diri mencuba gaya vokal berbeza bagi memantapkan kualiti nyanyiannya.

“Selalunya saya suka dengar lagu balada, kemudian cuba belajar menyanyi dengan genre lain seperti R&B dan pop,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI