fbpx

Bilal ‘copy paste’ wajah Neelofa ketika bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN dalam Instagram Neelofa seakan memberi gambaran tentang wajah anaknya, Bilal.

PETALING JAYA – Selepas empat bulan masih belum berkongsi wajah anak sulungnya Muhammad Bilal untuk tatapan peminat, selebriti terkenal Neelofa memberi bayangan putera kesayangannya itu seakan-akan mirip wajahnya ketika bayi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 33, berkongsi sekeping foto dirinya sewaktu kecil bersama ibunya, Datin Noor Kartini.

“Tengok masa kecil, rasa macam ‘copy paste’ Bilal sangat,” tulisnya dalam Instagram.

Perkongsian isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu menarik perhatian pengikutnya dalam Instagram yang sememangnya tidak sabar untuk melihat wajah Bilal.

“Sahih bilal muka begini (seperti Neelofa),” komen seorang netizen.

“Boleh agak muka Bilal macam mana,” kata seorang lagi pengikutnya.

“Mesti Bilal ikut wajah seperti ibunya yang montel ketika kecil,” ujar seorang pengguna Instagram.

Malah, ada dalam kalangan netizen turut memberi bayangan wajah bayi lelaki itu mirip seperti anak buah Neelofa, Jebat Jayden yang juga anak kepada kakaknya, Nabila bersama bekas suami iaitu pelakon, Sharnaaz Ahmad.

“Mesti muka Bilal dengan Jebat tidak jauh beza,” kata seorang netizen.

Neelofa yang juga bekas pengacara program MeleTOP masih belum mahu mendedahkan sepenuhnya wajah Bilal kerana mendakwa belum cukup ilmu untuk melindungi anaknya daripada penyakit ‘Ain (gangguan disebabkan pandangan).

Sekadar info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu.

Pasangan itu selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Bilal yang kini berusia empat bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI