fbpx

Ahmad Zahid pindah dana lebih RM17 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam perbicaraan bela diri hari ini memaklumkan beliau terpaksa memindahkan RM17,953,185 milik Yayasan Akalbudi ke dalam akaun firma guaman Tetuan Lewis & Co.

Ini kerana Setiausaha Eksekutif Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly yang diamanahkan menjaga urusan akaun peribadinya dan yayasan berkenaan didapati kerap melakukan kesilapan dan cuai ketika mengendalikan akaun berkenaan.

“Apakah pilihan yang saya ada melainkan mencari jalan supaya wang yang ada di dalam simpanan semasa di bank iaitu keseluruhan dana Akalbudi dipindahkan ke sebuah firma guaman yang mana terdapat akauntan dan pegawai akaun serta penyimpan kira-kira yang bertauliah menjaga akaun pelanggan.

“Saya membuat keputusan pemindahan itu dilakukan bukan untuk pecah amanah tetapi menggunakan sebuah syarikat guaman yang mempunyai pegawai yang berketerampilan untuk menjaga akaun pelanggan sebagai pemegang amanah wang Yayasan Akalbudi,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid meskipun dana itu dipindahkan ia tetap milik yayasan walaupun selepas dipindahkan kepada firma guaman.

Sebelum ini Ahmad Zahid berkata, Mazlina yang merupakan saksi pendakwaan ke-90 melakukan banyak kesilapan ketika menguruskan cek, selain tidak menghantar penyata bulanan dan dokumen lain apabila diminta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah masih lagi berlangsung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI