fbpx

Skuad B-23 negara ‘sambung kerja’ Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad B-23 negara selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tamat tugasan di temasya Sukan SEA 2021 hari ini. Foto oleh Muhd. Ardie Putra Suhaimi

SEPANG – Ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) negara, Brad Maloney mengesahkan anak-anak buahnya akan diberi ‘cuti rehat’ sehari sebelum kembali menjalani kem latihan pusat sebagai persiapan ke Piala Asia B-23 di Uzbekistan pada Rabu ini.

Sebagai rekod, skuad muda Harimau Malaya gagal menyumbangkan sebarang pingat buat kontinjen negara pada temasya Sukan SEA 2021 di Vietnam selepas tewas pada penentuan pingat gangsa dengan kekalahan penalti 2-4 kepada Indonesia semalam.

Kata Maloney, barisan pemain telah memberikan seratus peratus sepanjang berada Hanoi tetapi tumpuan kini akan diberikan pada kejohanan lebih penting di Uzbekistan nanti.

“Barisan pemain telah melakukan yang terbai tetapi tuah tidak memihak apabila gagal menyumbangkan sebarang pingat.

“Kini, saya memberikan pemain cuti rehat sehari esok sebelum kembali menjalani latihan pada Rabu ini kerana kita dijadualkan berlepas ke Uzbekistan pada Jumaat nanti,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi.

Pada kempem Piala AFC B-23 nanti, skuad negara akan menentang juara bertahan, Korea Selatan selain dua seteru Asia Tenggara iaitu Vietnam dan juga Thailand selepas diundi dalam Kumpulan C.

Saingan peringkat kumpulan Piala Asia B-23 akan bermula pada 2 hingga 8 Jun depan. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN