fbpx

Selamat tinggal Vietnam, jumpa di Kemboja 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penari-penari Kemboja membuat persembahan ‘Selamat Datang’ untuk Sukan SEA 2023 yang akan berlangsung di Kemboja, pada acara penutup Sukan SEA Vietnam 2021, di Vietnam Asian Indoor Games Stadium, di sini hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON

HANOI – Temasya Sukan SEA Ke-31 yang dianjurkan di Vietnam secara rasmi melabuhkan tirai dalam satu acara penuh gilang gemilang di Gimnasium Tertutup Hanoi sebentar tadi.

Meskipun mengadakan temasya dwitahunan tersebut dengan penuh cabaran ketika Covid-19 belum reda sepenuhnya namun Vietnam berjaya menganjurkan dengan penuh luar biasa.

Menerusi temasya bertemakan ‘Gather to shine’ itu, majlis dimulakan dengan persembahan penyanyi tempatan Dong Hung, Khanh Linh, Bao Tram dan Pham Anh Duy.

Tuan rumah turut memberi penghargaan kepada atlet olahraga terbaiknya Nguyen Thi Oanh selepas melakar hatrik dalam acara 1,500 meter, 3,000m dan 5,000m.

Majlis penutupan itu diikuti ucapan Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan merangkap selaku Ketua Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA ke-31, Nguyen Van Hung yang memberi penghargaan kepada 11 kontinjen yang bertanding pada temasya kali ini.

Temasya Sukan SEA Vietnam 2021 tersebut ditutup secara rasmi dengan obor kejohanan dipadamkan sementara bendera kejohanan diturunkan sebelum penyerahan bendera dan lagu kebangsaan Kemboja dimainkan bagi menandakan akan menjadi tuan rumah pada 2023 nanti.

Kemudian tarian LED oleh pasukan 218 iaitu finalis Asia’s Got Talent turun memberi persembahan dengan menggabungkan teknologi pencahayaan dan tarian baharu bagi menghiburkan semua yang hadir di Hanoi.

Akhirnya sekali, 11 bendera negara yang menyertai Sukan SEA turut dipersembahkan bagi menandakan penamatnya selepas diadakan dengan penuh meriah terutama persembahan memukau sepanjang 90 minit.

Pada edisi kali ini, Vietnam muncul juara keseluruhan dengan mengutip 205 pingat emas, 125 perak dan 116 gangsa. Kali terakhir muncul juara ketika menjadi tuan rumah pada 2003.

Kontinjen negara pula berjaya melepasi sasaran 36 pingat emas selepas mengumpul 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa sekali gus berada di kedudukan keenam keseluruhan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN