fbpx

Dipercayai alami kemurungan, doktor ditemui mati dalam bilik hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aidi Sham

PORT DICKSON – Seorang doktor yang ditemui meninggal dunia di sebuah bilik hotel di Pasir Panjang di sini pada Khamis lalu dipercayai mengalami kemurungan yang berkemungkinan berkaitan dengan pekerjaannya.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, ahli keluarga mangsa telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.

“Mangsa dikatakan mengalami kemurungan berkemungkinan disebabkan oleh pekerjaannya dalam temu bual bersama keluarga.

“Pihak polis juga ada menemui beberapa jenis ubat-ubatan berkaitan kemurungan di dalam bilik tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, seorang doktor wanita yang merupakan pegawai perubatan di sebuah hospital kanak-kanak di Petaling Jaya, Selangor ditemui meninggal dunia dalam sebuah bilik hotel Pasir Panjang di sini pada 20 Mei lalu.

Pihak polis telah menerima maklumat daripada pekerja hotel tersebut yang telah menemui seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas katil.

Siasatan awal pihak polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah didapati di tempat kejadian dan semakan dari pihak hotel mendapati mangsa telah mendaftar seorang diri pada 19 Mei lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN