fbpx
ISTERI Haqiem Rusli, Anis Sofea mengakui perutnya agak buncit namun bukan disebabkan hamil.

Bukan ‘baby bump’ tapi buncit – Anis Sofea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Susulan didakwa memperlihatkan ‘baby bump’ semasa percutian bersama di Turki, Anis Sofea yang juga isteri Haqiem Rusli tampil memperbetulkan keadaan, menafikan kehamilannya seperti diperkatakan ramai.

Kata personaliti media sosial tersebut, faktor menikmati makanan enak namun kurang bersenam menyebabkan berat badannya bertambah sebanyak sembilan kilogram (kg) hingga kelihatan buncit.

“Ini bukan kandungan tetapi buncit. Doakan saja yang baik-baik supaya kami dapat bayi. Kalau ada berita gembira, saya akan kongsikan.

“Semua orang ingat saya mengandung sebab mereka nampak lemak saya. Anda semua tak sabar ke nak tengok ‘our junior’?

“Sabar ye. Kalau ada (mengandung) saya akan bagi tahu semua terutama dekat Qiemilio (kelab peminat Haqiem),” katanya menerusi perkongsian dalam Insta Story, semalam.

Dalam video secara langsung berkenaan, Haqiem dilihat turut berada di sisi Anis atau nama sebenar Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 20.

Nama Anis kembali menjadi sebutan ramai selepas ramai pengikut laman sosialnya menyedari dalam satu gambar di Instagram jelas kelihatan bentuk perut wanita berkenaan seakan-akan ‘baby bump’.

Perkongsian foto ketika pasangan terbabit bercuti bulan madu di Turki dibanjiri komen peminat yang rata-rata gembira jika wanita tersebut sememangnya sedang hamil anak sulung.

Ulas Anis lagi berhubung tekaan ramai, biarpun nampak kurus dan tinggi tidak bermakna perutnya boleh kelihatan rata seperti segelintir wanita lain.

“Tak semestinya saya kurus, saya tak ada lemak dekat perut. Tentu saja ada. Saya bukan jenis yang suka bersenam. Kadangkala kalau makan banyak, buncit itu ada.

Sekarang pun saya sudah naik sembilan kilogram (kg). Tak mustahil buncit. Berat terkini saya 64kg,” katanya lagi.

Menurut usahawan merangkap rakan kongsi Haqiem dalam bisnes restoran itu, dia enggan mengenakan bengkung semata-mata untuk menampakkan ilusi langsing.

Desas-desus ini juga bukan yang pertama kerana pada Mac lalu pasangan tersebut didakwa bakal menimang cahaya mata berikutan gurauan Haqiem berhubung perkara itu.

Begitupun, penyanyi Mimpi itu memaklumkan belum bersedia menimang cahaya mata memandangkan usianya dan Anis yang masih muda.

Terdahulu, mereka selamat bergelar suami isteri di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

POPULAR