fbpx

Kertas siasatan kanak-kanak maut didera dirujuk Pejabat Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash.

IPOH – Kertas siasatan berhubung kes kematian kanak-kanak perempuan disyaki didera ibu dan bapa saudaranya Ahad lalu akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara esok untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pasangan suami isteri berusia 40 tahun itu kini direman enam hari lagi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Pasangan suami isteri yang juga penjaga kanak-kanak terbabit sebelum ini telah direman selama tujuh hari dan berakhir hari ini.

“Siasatan kes berkenaan kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan esok, untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menerusi laporan media Ahad lalu, perbuatan pasangan suami isteri itu terbongkar berikutan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dengan kesan kecederaan disyaki didera.

Hasil bedah siasat yang dijalankan pakar patologi di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati punca kematian mangsa akibat ‘multiple blunt injury’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI