fbpx
NANA bersama anak tunggalnya, Rayyan yang kini semakin menginjak dewasa.

Anak dah sedia jadi abang, ramai doakan jodoh Nana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK kebelakangan ini, entah kenapa nama Siti Nordiana atau Nana jadi sebutan ramai terutama berkaitan statusnya sebagai ibu tunggal.

Paling kecoh ketika ramai memasang hasrat untuk melihatnya menjadi ibu kepada empat orang anak Shuib. Memang jauh dan besar sungguh impian rakyat Malaysia.

Sekali lagi dia mencuri perhatian apabila memuat naik video bersama anak lelakinya Rayyan dengan kapsyen mengundang ribuan reaksi netizen.

“Rayyan sudah boleh jadi abang ni,” coretnya ringkas.

“Nana seperti sudah bersedia dan bagi petanda, semoga semua urusan dipermudahkan,” kata seorang netizen.

Bila baca semua komen, rasa terharu kerana ramai yang mahu melihat Nana bahagia di sisi seorang suami. Semoga dipermudahkan!

DIVA: Rupa-rupanya ramai selebriti tidak berkongsi tentang kehidupan peribadi kerana takut dengan penyakit ain.

POPULAR