fbpx

Liga Premier: UiTM FC rosakkan ‘parti’ Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Perak FC, Muhammad Aqil Hilman Danial Roslan (kanan) diasak pemain UiTM FC, Muhammad Afzal Akbar (kiri) dalam perlawanan Liga Premier Malaysia 2022 di Stadium Perak, Ipoh hari ini.

IPOH – Impian menyaksikan Perak FC melakar kejayaan sebagai hadiah kepada pemilik baharu, XOX Berhad tidak kesampaian.

Sebaliknya anak buah Yusri Che Lah tumpas 0-2 kepada UiTM FC di Stadium Perak sebentar tadi.

Dua jaringan dalam babak kedua oleh pasukan pelawat ternyata merosakkan suasana ceria kem Bos Gaurus yang baru menikmati gaji mereka selepas XOX mengambil alih kelab itu Selasa lalu.

Perlawanan antara dua pasukan yang beraksi tanpa pemain import terlebih dahulu berlangsung seimbang.

Kedua-dua pasukan berbalas serangan menyaksikan bola turun naik, namun tiada peluang terbuka dicipta.

Perak turun tanpa kapten. Firdaus Saiyadi dan Nazmi Ahmad kerana penggantungan tampak goyah.

Skrip babak kedua berubah rentak dengan Perak menunjukkan kesungguhan untuk mengenakan tekanan ke kubu lawan.

Bagaimanapun pelawat berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-64 apabila Muhammad Izham Solehin Rohadi menanduk masuk hantaran rakan sepasukan.

Perak berusaha bangkit dalam mencari gol penyamaan, tetapi tidak berjaya merobek gawang dikawal oleh Mohd. Ramdan Abd. Hamid.

Sebaliknya pelawat menambah derita anak buah Yusri Che Lah apabila Faris Aiman menyumbat gol kedua untuk mengukuhkan kedudukan UiTM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI