fbpx

Tiada kesan harimau belang di Kemensah Height

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Siasatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mendapati tiada kesan atau tanda kehadiran harimau belang di kawasan Kemensah Height, Hulu Kelang.

Pengarah Perhilitan Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, kakitangan daripada Ibu Pejabat Perhilitan, Perhilitan Wilayah Persekutuan dan Selangor ke lokasi kejadian selepas menerima aduan penemuan seekor harimau berkeliaran di Jalan Tropika Kemensah 3, kira-kira pukul 3 petang semalam.

Kata beliau, pihaknya kemudian menjalankan pemantauan susulan di kawasan aduan antara pukul 11.30 malam hingga 3 pagi tadi.

“Tiada kesan jejak harimau belang dijumpai di lokasi itu dan laluan rentis di sekitarnya manakala pengawal keselamatan yang didakwa melihat haiwan  berkenaan turut gagal dikesan.

“Pemeriksaan lanjut di lokasi berdekatan juga tidak dapat mengesahkan kesahihan kehadiran hidupan liar tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan penduduk di kawasan Kemensah Height, Hulu Kelang di sini digemparkan dengan dakwaan kemunculan seekor harimau yang berlegar di kawasan terbabit.

Jelas Choon Yung, orang ramai disaran supaya lebih berwaspada sekiranya terserempak dengan hidupan liar. Sebarang aduan atau maklumat boleh disalurkan kepada talian hotline Perhilitan 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my.,”jelasnya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI