fbpx

Tukang sapu kacak persis bintang ‘Hollywood’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar wajah kacak seorang tukang sapu warga Pakistan yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga Pakistan menjadi bualan hangat di media sosial apabila wajah kacaknya dikatakan persis bintang Hollywood.

Dia yang bekerja sebagai seorang tukang sapu itu menjadi tular apabila videonya tersebar di media sosial sehingga mendapat lebih 280,000 tontonan.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok, Maya Suhaimi, memaparkan lelaki yang dikenali dengan nama Khan itu sedang leka membersihkan tong sampah yang terdapat di laluan pejalan kaki.

Pada awal perkongsian video tersebut, ramai beranggapan dia merupakan seorang model yang sedang merakamkan video sebagai konten, namun tekaan mereka salah apabila pemilik akaun tersebut bertemu dengan lelaki terbabit dan bertanya sendiri tentang status dirinya.

Menurut lelaki tersebut, dia berasal dari Pakistan dan sememangnya bekerja sebagai seorang tukang sapu bagi menampung perbelanjaan hidup di negara orang.

“Akhirnya saya dah jumpa dengan dia, puas tak hati korang?,” ujar Mya pada kapsyen videonya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata golongan wanita teruja melihat wajah kacak lelaki tersebut dan ada turut berseloroh ingin menjadi tukang sapu bersama-samanya.

“Saya sanggup jadi tukang sapu kalau rakam sekerja kacak macam ini, memang hilang rasa penat,” seloroh Hayati.

“Lepas dah tular macam ini, esok lusa jadi pelakon la nampaknya,” ujar Anis Sofea. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI