fbpx
Keadaan kaki kanak-kanak lelaki yang tertusuk tongkat basikal dalam kejadian di Taman Mawar, Alor Setar hari ini.

[VIDEO] Kanak-kanak lelaki tahan sakit kaki tertusuk tongkat basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terpaksa menahan kesakitan setelah kaki kirinya tertusuk tongkat basikal di Taman Mawar di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.54 pagi tadi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, tapak kaki kanak-kanak terbabit tertusuk tongkat basikal yang diperbuat daripada besi.

“Pasukan kami kemudiannya memotong tongkat basikal tersebut menggunakan peralatan khas sebelum memberi rawatan awal termasuk membalut kaki kanak-kanak itu.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan selanjutnya menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya di sini hari ini.

Sementara itu menerusi klip video yang dikongsikan di media sosial, tongkat besi tersebut dilihat masih berada pada kaki kanak-kanak terbabit semasa dibawa ke hospital. – KOSMO! ONLINE

POPULAR