fbpx

Kelahiran tak terduga, Anzalna selamat timang anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon jelita Anzalna Nasir selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri suaminya, Hanif Zaki menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

“Alhamdulillah syukur. Berkat hari Jumaat. Anak kedua kami telah selamat dilahirkan hari ini (20 Mei 2022).

“Sepatutnya hari ini Anzalna (isteri) melakukan pemeriksaan terakhir (sebelum bersalin). Namun segala-galanya adalah rahsia Allah SWT,” katanya.

Bagaimanapun, Hanif atau nama lengkapnya Muhamad Hanif Muhamad Zaki tidak memaklumkan tentang jantina anak keduanya itu.

Dalam hantaran sama, Hanif turut berkongsi sekeping gambar bersama Anzalna dan bayi kedua mereka ketika dalam bilik pembedahan.

Dalam ruangan komen, rata-rata peminat pelakon drama Memori Cinta Suraya itu turut berkongsi kegembiraan dan mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata kedua pasangan suami isteri itu.

“Alhamdulillah. Tahniah untuk pelakon kegemaran saya,” ujar seorang peminatnya.

“Tahniah Anzalna. Alhamdulillah,” komen seorang lagi netizen.

“Alhamdulillah. Tahniah untuk kamu berdua,” komen seorang lagi pengguna Instagram.

Terdahulu, Anzalna dalam satu kenyatannya kepada Kosmo! baru-baru ini berharap agar cahaya mata keduannya itu dapat dilahirkan pada 31 Mei dan berkongsi tarikh lahir dengan anak sulungnya, Mohamad Eidrees yang kini hampir memasuki usia tiga tahun.

Sekadar info, Anzalna yang juga bekas finalis program Dewi Remaja 2010 mendirikan rumah tangga bersama Hanif pada 2016. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI