fbpx

Aznil pecah rekod kebangsaan untuk raih perak di Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZNIL berjaya memperbaharui rekod kebangsaan dalam kategori 61kg pada Sukan SEA Vietnam 2021 di Hanoi hari ini.

BANOI – Badang negara, Muhammad Aznil Bidin bukan sekadar berjaya meraih perak di temasya Sukan SEA Vietnam 2021 malah turut memperbaharui rekod kebangsaan dalam kategori 61 kilogram (kg) hari ini.

Jaguh angkat berat negara, Aznil seakan-akan melepaskan geram apabila memperbaharui rekod kebangsaan miliknya iaitu 285 kilogram (kg) di Pattaya, Thailand 2019.

Atlet berusia 27 tahun itu berjaya mengangkat bebanan 287kg untuk memastikan pingat perak menjadi miliknya selepas terpaksa akur tewas di tangan pemenang perak Sukan Olimpik Rio 2016 dan Olimpik Tokyo 2020 dari Indonesia, Eko Yuli Irawan yang memenangi emas dengan angkatan keseluruhan 290kg.

Sementara itu, pingat gangsa dimenangi atlet tuan rumah, Ngoc Trung Nguyen dengan angkatan keseluruhan 286kg.

“Hanya berbeza 3kg (dengan Eko). Bukan rezeki saya kerana pada angkatan kedua terbatal. Kalau tidak, mungkin saya boleh meraih emas.

“Pada sesi latihan, saya pernah buat 290kg tetapi mungkin hari ini bukan rezeki saya untuk angkat emas di Hanoi.

“Apa pun, saya akan mengekalkan pingat di Sukan Komanwel nanti. Keyakinan itu ada cuma perlu kekalkan prestasi untuk menjadi lebih baik,” katanya.

Pada Sukan SEA 2019, Aznil dari Alor Setar, Kedah melakukan angkatan keseluruhan 283kg untuk meraih gangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI