fbpx

Zii Jia, Daren lolos ke suku akhir Terbuka Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA dijadualkan menentang Rhustavito pada suku akhir Terbuka Thailand di Impact Arena esok. - BADMINTON PHOTO/BAM

PETALING JAYA – Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mudah mengatasi pemain Jerman, Kai Schaefer dengan kemenangan straight-set 21-7, 21-11 pada pusingan kedua Terbuka Thailand hari ini.

Ternyata, kemampuan yang dimiliki Zii Jia, 24, sememangnya bukan tandingan buat pemain di ranking ke-82 dunia itu dalam aksi di Impact Arena, Bangkok.

Kejayaan mara ke peringkat suku akhir sekali gus memberikan gambaran cerah terhadap peluang Zii Jia untuk menjuarai kejohanan individu keduanya tahun ini selepas menjuarai Kejohanan Badminton Asia awal bulan ini.

Pemain profesional dari Alor Setar, Kedah itu akan bertemu Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia di suku akhir selepas dia berjaya menang 18-21, 21-8, 21-7 ke atas Bryan Yang dari Kanada.

DAREN terpaksa bertarung selama tiga set sebelum merakam kemenangan ke atas Watanabe di pusingan kedua Terbuka Thailand hari ini. – BADMINTON PHOTO/BAM

Seorang lagi wakil perseorangan lelaki negara, Liew Daren juga berjaya mengesahkan slot ke suku akhir selepas bertarung sengit selama satu jam dua minit untuk menewaskan Koki Watanabe 16-21, 22-20, 21-11.

Turut mengiringi kejayaan Zii Jia dan Daren ke suku akhir adalah beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah selepas Liu Xuan Xuan-Xia Yu Ting 21-17, 21-11 untuk menempah pertemuan menentang Yuki Fukushima-Sayaka Hirota.

Pilihan keempat kejohanan dari Jepun itu mara selepas mudah menundukkan satu lagi pasangan wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien 21-9, 21-8.

Bagaimanapun, Anna Ching Yeok Cheong dan Teoh Mei Xing terpaksa akur apabila cabaran mereka terkandas di pusingan kedua susulan kekalahan 21-19, 11-21, 11-21 kepada beregu wanita Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee Yu Lim.

SOON HUAT (depan) dan SHEVON menjadi wakil tunggal negara meneruskan cabaran dalam kategori beregu campuran di Terbuka Thailand. – BADMINTON PHOTO/BAM

Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai pula bakal membuat perhitungan dengan Yuta Watanabe-Arisa Higashino di suku akhir selepas menewaskan pasangan India, Ishaan Bhatnagar-Tanisha Crasto 21-19, 22-20.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan satu lagi beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut menepati ramalan untuk mara ke peringkat seterusnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN