fbpx

Haram transaksi urus niaga online ketika solat Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Umat Islam terutama golongan lelaki yang mukallaf adalah haram melakukan urus niaga atau proses jual beli secara online ketika tempoh waktu solat fardu Jumaat.

Peringatan tersebut diterbitkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi slot Irsyad al-Fatwa Siri Ke-683 yang disiarkan laman sesawang rasmi agensi itu semalam.

“Hukum melakukan transaksi bisnes atas talian itu adalah haram kerana perbuatan tersebut boleh melalaikan seseorang daripada memberi tumpuan untuk ibadah solat Jumaat,” katanya.

Konteks larangan berkenaan juga adalah sama seperti tegahan syarak ke atas umat Islam melaksanakan perniagaan jual beli secara fizikal yang biasa di premis kedai pada waktu itu.

Justeru, PMWP menasihatkan umat Islam agar menjauhkan diri daripada kesalahan tersebut, namun dibolehkan meneruskan urus niaga selepas selesai dilaksanakan solat Jumaat itu.

Pada asasnya, hukum berjual beli sepanjang hari Jumaat adalah diharuskan tetapi apabila masuk sahaja waktu solat Jumaat, urusan duniawi tersebut perlu ditinggalkan dengan segera.

Dalil perkara itu dapat dilihat daripada firman Allah sendiri dalam Surah al-Jumuah ayat 9 dan turut dihuraikan ulama terkenal Imam Ibn Kathir menerusi kitab karangannya, Tafsir Ibn Kathir.

Waktu larangan urus niaga tersebut menurutnya bermula ketika azan kedua dikumandangkan dan khatib berada di atas mimbar sebagaimana pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI