fbpx

Azeem sah lakukan ‘false start’ 100m pada Sukan SEA Vietnam 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM tekad mahu bangkit melakukan larian terbaik 100m pada temasya Sukan SEA di Kemboja pada tahun depan.

HANOI – Ketua jurulatih olahraga, Mohd. Manshahar Abdul Jalil mengesahkan pelari pecut muda negara, Muhammad Azeem Fahmi sah melakukan ‘false start’ pada saringan 100 meter (m) lelaki di Stadium Nasional My Dinh sekali gus menyebabkan impian Malaysia meraih emas hatrik acara berkenaan tidak tercapai.

Manshahar menjelaskan, pihaknya mendapat bukti jelas daripada pengarah teknikal, juri dan pengadil yang mendapati Azeem dikesan melakukan kesilapan di blok permulaan sebelum tembakan pelepasan dilakukan.

“Tindakan pertama yang saya lakukan tadi ialah mengarahkan pengurus pasukan untuk membuat bantahan awal. Saya terus ke bilik juri dan memaklumkan kepada seorang pegawai untuk memanggil pegawai teknikal direktor untuk menjelaskan kenapa perkara itu berlaku.

“Pengurus pasukan, jurulatih pecut, jurulatih Poad Md Kassim, jurulatih Balachandaran pun ada. Saya tiada masalah mengenai bayaran untuk membuat protes, tetapi saya perlu mendapatkan bukti video. Paling penting sekali digital reaksi bagi semua peserta berkenaan false start tersebut.

“Selepas dijelaskan oleh pengarah teknikal dengan bukti, kesemua lapan atlet menunjukkan Azeem keluar lebih awal dan kakinya tidak jejak di blok permulaan sebelum atau seketika sebelum tembakan pistol dilepaskan.

“Azeem juga melihat bukti itu dan mengikut data yang diperoleh reaksi kesilapan Azeem 0.058s di blok pelepasan. Bagi saya, Azeem perlu menerima dengan hati terbuka mengenai insiden tersebut,” katanya.

Pada aksi final, seorang lagi pelari negara, Arsyad Md Saat menduduki tempat keenam, sekali gus impian negara untuk meraih emas hatrik selepas dua kali berturut-turut meraih emas acara berkenaan pada 2017 (Kuala Lumpur) dan 2019 (Manila) berkecai.

Pelari Thailand, Puripol Boonsoon, muncul juara manakala pingat perak menjadi milik seorang lagi pelari Thailand, Soraoat Dapbang dan gangsa diraih, Marc Brian Louis dari Singapura. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI