fbpx

Ustaz dicekup liwat pelajar lelaki sejak empat tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seorang ustaz di sebuah sekolah agama di Tanah Merah dicekup selepas dipercayai meliwat pelajar lelaki berusia 14 tahun sejak empat tahun lalu.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an dan merupakan warden asrama ditahan di sekolah tersebut awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, polis menahan suspek selepas mangsa membuat laporan polis memaklumkan kejadian tersebut kepada ibu bapanya semalam.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, suspek masih bujang dan disyaki melakukan perbuatan itu terhadap mangsa sejak 2018.

“Berdasarkan keterangan pelajar itu, dia tidak mengingati berapa kali guru tersebut meliwatnya namun, yang pastinya lebih daripada sekali dalam tempoh tersebut.

“Pelajar itu telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan kita sedang menyiasat lokasi kejadian liwat berlaku,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Katanya, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Tanah Merah untuk prosiding reman pagi tadi.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI