fbpx

TMJ mahu Johor tambah baik siasatan kes penderaan kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail dan Che' Puan Besar Khaleeda berkenan mendengar taklimat ketika melawat CIC di IPK Johor, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah agar kerajaan negeri meningkatkan dan menambahbaik prosedur operasi standard (SOP) siasatan berhubung kes-kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di Johor.

Baginda bertitah, langkah itu boleh dilaksana melalui kerjasama pelbagai agensi kerajaan negeri terlibat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut beliau, garis panduan yang dikeluarkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) boleh diguna pakai.

“Pada hari ini, saya telah melawat Pusat Temuduga Kanak-kanak (CIC) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.

“Istana Johor dan kerajaan negeri akan memberi sumbangan untuk menambahbaik CIC ini, memperkasa kekuatan pasukan polis D11 dan untuk menyediakan sebuah CIC di Ibu Pejabat Polis Muar dan di Iskandar Puteri bagi melancarkan usaha PDRM menjalankan siasatan dan menyelesaikan kes-kes penderaan kanak-kanak di Johor.

“Saya juga ingin menggesa Kerajaan Negeri Johor untuk bekerjasama dengan PDRM, JKM dan dengan garis panduan daripada UNICEF untuk melaksanakan pelbagai usaha untuk menambahbaik SOP dan prosedur yang ada serta meningkatkan kesedaran awam,” titahnya.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan melawat Pusat Temuduga Kanak-kanak di IPK Johor, di sini hari ini. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Baginda turut bertitah memberi berpandangan apa jua bentuk penderaan terhadap kanak-kanak adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap ringan.

“Menjadi tanggungjawab semua bangsa Johor untuk memastikan keselamatan kanak-kanak di negeri ini,” titah baginda lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI