fbpx

Royale Kukur aktif komersialkan cendawan kukur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Roziah (kiri, duduk) menunjukkan produk Royale Kukur di Kepong baru-baru ini.

KEPONG – Menyedari khasiat yang terdapat pada cendawan kukur atau dikenali sebagai ku­lat sisir yang tumbuh secara semulajadi, sebuah syarikat Impian Ramai F&B Sdn. Bhd. (Impian Ramai) membuat pe­laburan khusus untuk mengko­mersialkan produk makanan daripada tumbuhan tersebut.

Cendawan kukur bukan sahaja enak dimasak sebagai salah satu hidangan kampung atau tradisional tetapi turut memiliki rahsia tersembunyi dengan menjadi sumber ke­perluan tambahan seperti protein, kaya dengan vitamin B dan D, tinggi antioksidan serta membantu menguatkan sistem imunisasi.

Berkonsepkan sedia di makan, keluaran syarikat di bawah jenama Royale Kukur kini menawarkan lima perisa iaitu Ro­yale Kukur Dendeng Kukur, Royale Kukur Masak Lemak Kukur, Royale Kukur Kari Kukur, Royale Kukur Sambal Hijau Kukur, Roya­le Kukur Creamy Soup Kukur.

Selebriti Tengku Puteri Najuwa menunjukkan lima perisa Royale Kukur di Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengasas syarikat, Tengku Roziah Tengku Abdullah berkata, produk ini diproses dan dihasilkan melalui teknologi retort atau pensterilan agar makanan tersebut mampu bertahan sehingga dua tahun tanpa menjejaskan struktur dan rasanya.

“Melalui kaedah terbaharu ini, produk Royale Kukur mudah dibawa ke mana-mana sahaja termasuk melancong ke luar negara kerana pengguna boleh makan begitu sahaja bersama nasi putih atau roti atau hidangan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis meraikan kira-kira 150 anak yatim dan asnaf di Pusat Komuniti PPR Intan Baiduri di sini baru-baru ini.

Majlis amal itu dijalankan bersama Pertubuhan Amal Bakti SeMalaysia

Selain itu, Roziah mene­rangkan, pihaknya bercadang untuk memperkenalkan le­bih banyak produk makanan, minuman dan produk penja­ga­an kecantikan pada masa depan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI