fbpx

Penduduk mahu SPRM siasat penyelewengan dana DUN Gombak Setia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil penduduk Gombak menunjukkan memorandum gesaan siasatan penyelewengan dana peruntukan rakyat bagi DUN Gombak Setia di hadapan bangunan SPRM Selangor. /FOTO ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat isu pentadbiran Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia yang didakwa menyeleweng dana peruntukan rakyat.

Gesaan itu dibuat sekumpulan penduduk kawasan Gombak yang tampil menyerahkan memorandum kepada SPRM Selangor di Seksyen 16 di sini, hari ini.

Wakil penduduk DUN itu, Shahron Jamaluddin berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa anak syarikat kerajaan negeri, Menteri Besar Incorporated (MBI)  menyalurkan sejumlah dana kepada Pejabat Penyelaras DUN Gombak Setia.

Dakwanya, jumlah yang sepatutnya diperuntukkan itu bagaimanapun tidak diterima sepenuhnya kepada kawasan DUN.

“Kami berasa terkilan atas perkara yang berlaku kerana ia melibatkan isu integriti sesebuah organisasi.

“Justeru, kami menggesa SPRM segera memulakan siasatan kerana kerisauan kami terhadap penyalahgunaan dana dan ketirisan dana untuk masyarakat Gombak,” katanya.

Jelas Shahron, pihaknya mengetahui isu itu berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada beberapa individu tertentu berkaitan penyalahgunaan kedudukan dan jawatan.

“Kami turut memohon tiada campur tangan daripada mana-mana ahli politik termasuk Menteri Besar Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Seri Amirudin Shari,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI