fbpx

Pekerja kontraktor sambilan dera anak rakan direman 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Farouk.

AMPANG – Seorang pekerja kontraktor sambilan direman selama seminggu sehingga Isnin depan selepas disyaki mendera anak rakannya yang berusia tiga tahun dalam kejadian di Pandan Perdana, di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek lelaki berusia 41 tahun yang merupakan penjaga sementara budak lelaki itu direman bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Suspek akan direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin depan dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Difahamkan, perintah tahanan reman itu dikeluarkan di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan suspek terbabit ditahan di Jalan Besar Taman Dagang, di sini semalam kerana disyaki mendera kanak-kanak itu susulan ibu bapa kandungnya sedang menjalani hukuman di penjara.

Menurut Mohamad Farouk, hasil semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes dadah dan satu rekod jenayah komersial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI